Jangan bandingkan ujian hidup kita dengan org lain. Bila kita rasa
ujian kita lebih berat dr org lain, dan rasa sedih bila org lain
dikurniakan kebahagian, sesungguhnya itu hanyalah dalam pandangan mata
kasar kita. Semua manusia diuji. Kita tidak tahu apa yg org lain rasa,
kecuali Allah.
Sebenarnya, tiada ujian atau persoalan yg susah
dlm hidup ini. Yang buat sesuatu ujian itu susah, sebab kita tidak tahu
jawapan ie pertolongan Allah. Dan jawapan kepada semua masalah kita sebenarnya
satu, betapa dekatnya kita kpd Allah. Allah sentiasa ada untuk menolong
hambaNya, tp kita yang selalu pilih minta pertolongan manusia lain drpd minta
pertolonganNya.
Orang yg
beruntung itu, bukan yg menangisi takdir, tp yang dibuka hatinya untuk
mengenal dosanya sendiri dan bertaubat kpd Allah. Bila hati kita bersih,
semua masalah, kesenangan hidup, akan dilalui dgn penuh sabar dan
rendah diri, kerana semua adalah sementara dan pinjaman semata-mata dr
Allah.
Selalu bersangka baik dgn Allah. Dan ingat semua masalah
datang Allah bagi hanya satu sebab, untuk membentuk kita jd lebih baik.
"Remember that diamonds are created under pressure" - anonymous