Thursday 11 February 2016

Ujian Hidup

Jangan bandingkan ujian hidup kita dengan org lain. Bila kita rasa ujian kita lebih berat dr org lain, dan rasa sedih bila org lain dikurniakan kebahagian, sesungguhnya itu hanyalah dalam pandangan mata kasar kita. Semua manusia diuji. Kita tidak tahu apa yg org lain rasa, kecuali Allah.


Sebenarnya, tiada ujian atau persoalan yg susah dlm hidup ini. Yang buat sesuatu ujian itu susah, sebab kita tidak tahu jawapan ie pertolongan Allah. Dan jawapan kepada semua masalah kita sebenarnya satu, betapa dekatnya kita kpd Allah. Allah sentiasa ada untuk menolong hambaNya, tp kita yang selalu pilih minta pertolongan manusia lain drpd minta pertolonganNya.


Orang yg beruntung itu, bukan yg menangisi takdir, tp yang dibuka hatinya untuk mengenal dosanya sendiri dan bertaubat kpd Allah. Bila hati kita bersih, semua masalah, kesenangan hidup, akan dilalui dgn penuh sabar dan rendah diri, kerana semua adalah sementara dan pinjaman semata-mata dr Allah.
Selalu bersangka baik dgn Allah. Dan ingat semua masalah datang Allah bagi hanya satu sebab, untuk membentuk kita jd lebih baik.


"Remember that diamonds are created under pressure" - anonymous

1 comment:

  1. Salam. Saya Aisyah. Saya ada terbaca dekat satu blog ni (walaupun tahun 2012 hehe) yang awak belajar di KAPLAN Financial, Manchester. Kalau saya nak tanya pasal KAPLAN boleh tak? Email saya kalau awak baca ni nanti kita tukar nombor hee :aisyah.hamdan59@gmail.com
    P/s : Tq and salam perkenalan

    ReplyDelete